Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Kampung Banggol Cempedak – Kampung Angkat MADANI Pertama di Terengganu

By 9 Mac 2024Mac 11th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatihayatul Sadi/Ahmad Syafri

KUALA TERENGGANU, 9 Mac (Malaysiaaktif) – Kampung Banggol Cempedak di Serada telah melakar sejarahnya tersendiri, di sini kelmarin apabila telah terpilih sebagai Kampung Angkat MADANI pertama di Terengganu.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam ucapan perasmiannya, berkata Kampung Banggol Cempedak telah diperuntukan sebanyak RM2.5 juta bertujuan memaju dan menaiktaraf kemudahan asas yang terdapat di kampung berkenaan.

“Antara projek yang dikenalpasti untuk Kampung Angkat MADANI adalah menaik taraf dan menyiapkan surau Kampung Banggol Cempedak, membina pagar dan wakaf di Tanah Perkuburan Seri Murni serta Tanah Perkuburan Tok Bilal Awang Banggol Cempedak dan menyiapkan jalan di Kampung Banggol Durian, Kuala Terengganu.

“Dalam pada itu sebanyak RM50 juta daripada Dana Komuniti Madani diperuntukan untuk Terengganu bagi tujuan pelaksanaan program pembasmian kemiskinan sepanjang tahun ini dan daripada jumlah tersebut sehingga 29 Februari 2024, sebanyak RM38.21 juta merangkumi pelbagai program dan projek berteraskan pembasmian kemiskinan di seluruh Terengganu telah diluluskan untuk dilaksanakan bagi tahun 2024 melalui Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu,” katanya.

Di majlis ini, Mohd Zuki turut menyampaikan serahan sumbangan barangan ‘Back To School’ kepada 142 pelajar dari sekitar Kuala Terengganu dan agihan bakul Ramadan kepada 104 orang Ketua Isi Rumah (KIR).

Turut diadakan simbolik penyerahan ‘placard’ kepada 12 orang penerima Rumah Kasih Ihsan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda