Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Kolobrasi Jabatan Turun Padang Membantu Rakyat

By 9 Mac 2024Mac 11th, 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Parimala Devi Suppiah/Khairul Othman

JELEBU, 9 Mac (Malaysiaaktif) – Program Israk Mikraj dan Sarapan Perdana Komuniti Perdana anjuran Jabatan Hal Ehwal Islam Daerah Jelebu dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Jelebu telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk tempatan.

Program yang bermula sejak pukul 6.00 pagi dengan aktiviti solat subuh turut disertai oleh Yang Teramat Mulia Undang Luak Jelebu ke -16.

“Penganjuran program dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan ini sentiasa mendapat sambutan yang sangat baik daripada kalangan masyarakat Kampung Chennah yang terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan Orang Asli,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Chennah Fuazan Aziz.

Alan Ng yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri Loke Siew Fook, berkata konsep perkhidmatan turun padang seperti ini adalah satu usaha yang baik dan perlu diperluaskan secara berkala.

“Ia memberi impak positif secara langsung kepada kumpulan sasar yang memerlukan sehingga ke peringkat akar umbi agar rakyat merasai perkhidmatan yang kita sampaikan,” katanya.

Pendaftaran PADU dari Jabatan Perangkaan Negeri Sembilan dan Program Jualan Rahmah daripada Mydin turut diadakan pada hari ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda