Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Penjawat Awam Harus Berani Berubah – Tegas Setiausaha Kerajaan Pahang

By 6 Mac 2024Mac 11th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin

PEKAN, 6 Mac ( Malaysiaaktif ) – Satu perjumpaan penjawat awam bersama Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Sri Haji Zulkifli Yaacob yang dinamakan ‘Kita Seia Sekata Daerah Pekan’ telah berlangsung di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan Pahang semalam.

Lebih 700 penjawat awam dari pelbagai jabatan dan agensi dari perkhidmatan negeri dan persekutuan hadir dalam perjumpaan tersebut.

Zulkifli yang memulakan amanatnya , berpesan kepada penjawat awam supaya meneliti semula Perkara 132, Perkhidmatan-perkhidmatan Awam dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Ini kerana jika seseorang penjawat awam itu memahami asas perlantikan , hak-hak dan tanggungjawab pastinya seseorang penjawat awam itu akan menjalankan tugasnya dengan penuh berdedikasi,” ujarnya.

Dalam ucapannya juga beliau menggariskan enam eleman penting yang harus ada pada seseorang penjawat awam.

“Daripada enam elemen tersebut, elemen “Facilitate not to frustrate” perlu menjadikan keutamaan.”

“Sebagai penjawat awam seharusnya memudahkan segala urusan yang membabitkan kepentingan awam bukannya menyusahkan,” katanya yang juga melontarkan cabaran agar semua agensi berani melakukan perubahan dalam sistem perkhidmatan.

Di akhir ucapannya beliau berpesan agar penjawat awam tidak mendedahkan diri kepada rasuah.

“Jangan buat peraturan atau syarat yang memberatkan orang ramai dan akhirnya syarat atau peraturan itu membuka peluang kepada amalan rasuah bermula,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda