
Laporan/foto: Nur Farhana Azman
SERKAM, 30 Mac (Malaysiaaktif) – Skuad Kecoh Sahur Daerah Jasin menyantuni 10 buah rumah golongan asnaf di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, hari ini bagi menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan asas sempena sambutan Aidilfitri yang bakal kunjung tiba.
Menurut Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Melaka Noor Azrimah Ahmad, peranan Skuad Antidadah membantu menyebarluaskan mesej antidadah kepada masyarakat sekitar sempena Bulan Hari Peringatan Antidadah Tahun 2024 yang bertemakan Lebih Baik Cegah, Pencegahan Dadah Bermula Dari Rumah.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua agensi yang telah menjayakan program sebegini.
“Ini membuktikan bahawa pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di negeri ini dekat di hati masyarakat,” ujarnya.
Program merupakan anjuran AADK Daerah Jasin dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Daerah Jasin, Pejabat Penerangan Daerah Jasin, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Gerakan Belia 4B Daerah Jasin, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Skuad Antidadah Daerah Jasin.
-ZS-