
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)
LABUAN, 4 Mei (Malaysiaaktif) – Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri mampu mengeratkan hubungan antara Megah Port Management Sdn Bhd (MPM) dengan pihak berkepentingan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MPM, Idjal Tahir pelabuhan kontena Labuan mempunyai ramai pihak berkepentingan seperti agensi kerajaan, dewan-dewan perniagaan, pemain industri logistik dan perkapalan serta pengguna.

Idjal semasa menyampaikan ucapan aluan
“Penganjuran majlis rumah terbuka ini adalah perlu bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim sama ada dalam kalangan pemain industri mahupun pegawai kerajaan,” katanya semasa berucap pada majlis itu di sini pagi tadi.
Jelasnya, MPM turut meraikan 100 anak-anak kurang berkemampuan dengan turut menyampaikan sumbangan duit raya.
“Tahun ini MPM lebih proaktif dengan menganjurkan lebih banyak program bersama masyarakat melalui program CSR termasuklah rumah terbuka Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri,” ujarnya.

Antara tetamu yang memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MPM
Hadir sama Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan Simsudin Sidek, Ketua Pegawai Operasi MPM Datuk Seri Patrick Tiong dan Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Labuan Datuk Wong Kii Yii.
-AA-