Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Penduduk Kampung Sekati Sahut Kempen Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang

By 29 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aini Aziz/Shuhaimi Ahmad (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 29 Jul (Malaysiaaktif) – Kebiasaannya, setiap kali tibanya bulan kebangsaan, pelbagai aktiviti dapat dilihat dalam kalangan masyarakat sebagai cara menterjemahkan kecintaan mereka terhadap negara.

Peserta program membantu pemilik kediaman memasang Jalur Gemilang pada tiang rumah

Penduduk Kampung Sekati, Manir, turut tidak ketinggalan meraikan sambutan kemerdekaan menghias kediaman mereka dengan mengibarkan Jalur Gemilang sekaligus menyahut seruan kerajaan melalui kempen Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang, di sini, kelmarin.

Penduduk kampung Mohd Yasin Embong, 51, berkata, aktiviti pengagihan dan pemasangan bendera kepada penduduk sekitar adalah aktiviti tahunan yang dilakukan setiap kali menjelangnya bulan kebangsaan.

“Tujuan utama adalah untuk menanam sikap dan mendidik semangat patriotik terutamanya kepada generasi muda pada hari ini yang akan menjadi pewaris kepada Malaysia tanah air tercinta.

Antara kanak-kanak yang teruja dengan aktiviti pengagihan bendera kepada penduduk kampung

“Masyarakat setempat turut memberi kerjasama yang baik dan ada antara mereka turut menyumbang dengan membeli Jalur Gemilang untuk dipasang di kediaman dan premis-premis perniagaan di sekitar kampung ini,” katanya.

Sebanyak 50 Jalur Gemilang telah diagihkan kepada penduduk kampung dan program ini turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Sukerelawan Malaysia (RELA) dan polis bagi memastikan aspek keselamatan dipatuhi semasa aktiviti dijalankan.

-AA-

Tinggalkan komen anda