
Laporan/foto: Mohammad Rasuli (Bagan Datuk)
TELUK INTAN, 7 Ogos (Malaysiaaktif) – Ibu bapa merupakan contoh ikutan terbaik kepada anak-anak khususnya dalam aspek penjagaan kesihatan.

Azlin bersama sebahagian peserta yang hadir.
Timbalan Pengerusi Kasih Malaysia Datin Seri Azlin Haji Ezri, berkata amalan gaya hidup sihat pada masa kini kian mencabar dan peranan ibu bapa sangat penting dalam mencorakkan kehidupan anak-anak mereka.
“Pengambilan gula yang berlebihan dalam makanan, budaya menghisap vape (rokok elektronik) dan rokok serta malas melakukan senaman sudah menjadi rutin kehidupan masyarakat masa kini.
“Disebabkan itu, masyarakat tanpa mengira usia semakin mudah diserang penyakit seperti kencing manis, jantung dan obesiti,” ujarnya.

Suasana program.
Menurutnya lagi, belum terlambat untuk ibu bapa ini mengubah gaya hidup mereka dan menggalakkan anak-anak memakan makanan yang menyihatkan.
“Ini dapat dilaksanakan dengan menjadikan amalan bersenam sebagai rutin keluarga dan tidak menjadikan amalan memberi hadiah berbentuk manisan sebagai imbuhan kepada anak-anak.
“Dengan perubahan tersebut, anak akan membesar lebih sihat dan mengurangkan risiko kerosakan gigi serta gejala obesiti dalam kalangan anak-anak,” katanya pada Program Pemeriksaan Kesihatan, Kesedaran Mengenai Denggi dan Kebersihan Persekitaran di Dewan Serbaguna Taman Padang Tembak, di sini semalam.
-ZS-