Skip to main content
Berita TengahSelangor

Majlis Pecah Tanah Westports 2

By 27 September 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rose Ryqal/Zai Zack

PELABUHAN KLANG, 27 Sep (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Majlis Pecah Tanah Westports 2, Pelabuhan Klang yang merupakan antara pelabuhan paling sibuk di dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ruben Emir melawat kawasan sekitar Westports

Menurut beliau perkembangan pelabuhan ini adalah hasil ekonomi negara yang kukuh dan dasar yang stabil serta jalinan kerjasama semua pihak antara pihak kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri memberi impak yang positif kepada perkembangan prasarana kawasan sekitar pelabuhan seperti pelebaran jalanraya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif dan Pengurusan Kumpulan Westports, Datuk Ruben Amir Ghananalingam Abdullah berkata, Projek Pengembangan Westports 2 itu dijangka menyumbang sebanyak 55 bilion kepada ekonomi Malaysia.

“Westports turut berbesar hati melancarkan Selangor Environment Conservation and Culture Alliance bersama Selangor Maritime Gateway dan Yayasan Hijau Malaysia.

Antara komuniti yang hadir ke Majlis Ramah Mesra, Jamuan Makan Tengahari Bersama Perdana Menteri sempena 30 tahun Westports

“Kerjasama korporat ini di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dalam memastikan pemuliharaan alam sekitar yang lestari bagi hutan bakau, hidupan marin serta pembangunan komuniti,” katanya.

Dalam majlis yang sama, kira-kira 1,000 orang komuniti sekitar Pulau Indah turut diraikan dalam Majlis Ramah Mesra, Jamuan Makan Tengahari Bersama Perdana Menteri sempena 30 tahun Westports bertapak di Pulau Indah, Pelabuhan Klang.

-AA-

Tinggalkan komen anda