Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Kerajaan Selangor Perkasa Agenda Digital Wanita Menerusi Inisiatif AI

By 22 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Petaling)

SHAH ALAM, 22 Mei (MalaysiaAktif) – Kerajaan negeri Selangor terus memimpin usaha memperkasakan golongan wanita dengan menganjurkan Perbincangan Meja Bulat (RTD) dan AI (Kecerdasan Buatan) Siri 3.

Program berimpak tinggi ini membincangkan tema pembinaan daya tahan digital wanita, sekali gus mendepani cabaran gelombang transformasi teknologi masa kini.

Sesi strategik ini melibatkan kerjasama erat portfolio pembangunan wanita Selangor bersama Portfolio Infrastruktur Digital yang diterajui oleh Dr. Mohammad Fahmi Ngah.

EXCO Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Ekonomi Penjagaan (Care Economy) Negeri Selangor Anfaal Saari, berkata perbincangan memfokuskan kepada impak AI terhadap sektor pekerjaan majoriti wanita.

Anfaal sedang mempengerusikan Perbincangan Meja Bulat (RTD) dan AI (Kecerdasan Buatan) Siri 3.

“Kita mahu merangka formula terbaik bagi memastikan manfaat AI mampu membuka peluang pekerjaan fleksibel serta meningkatkan produktiviti usahawan,” katanya kepada media selepas sesi meja bulat berkenaan, di sini semalam.

Menurutnya, sebanyak 30 penggubal dasar dan pemain industri termasuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Digital, serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) turut serta merangka formula ekonomi baharu.

Katanya, langkah proaktif ini penting memandangkan Global Gender Gap Report 2025 (Laporan Jurang Jantina Global 2025)  menunjukkan jurang jantina dunia masih berada pada tahap 68.8 peratus.

“Bagi mengukuhkan agenda, program Jelajah Wanita Berdaya akan digerakkan ke lima daerah bermula di Petaling bagi membimbing komuniti setempat.

“Kerajaan negeri turut menghargai peruntukan awal RM200,000 daripada Dato’ Menteri Besar dalam Belanjawan 2026 demi menjayakan agenda AI ini,” katanya.

Menyentuh ekonomi penjagaan, Anfaal, berkata Selangor kini giat meneroka kerjasama peranti bantuan dari Korea dan Jepun bagi meringankan beban domestik wanita bekerja.

-RI

Tinggalkan komen anda