
Laporan/foto: Halimah Abdul Ghani/Muhamad Najmi Ariffin (Seberang Perai Tengah)
BUKIT MERTAJAM, 1 Okt (Malaysiaaktif) – Penglibatan sebanyak sepuluh pasukan yang mengambil bahagian dalam perarakan menambahkan lagi kemeriahan sambutan Maulidur Rasul 1446 Hijrah peringkat kariah Masjid Jamek Kebun Sireh, di sini kelmarin.

Jamil Zainul ketika menyampaikan taklimat berkaitan isu-isu semasa.
Program ini yang pertama kali dianjurkan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan kehadiran lebih 300 orang penduduk setempat.
Haji Abd Halim Abd Rahim, 62, berkata tujuan utama program ini adalah untuk menyemai kecintaan kepada Rasulullah SAW serta memperkukuh perpaduan dalam kalangan komuniti.
“Program ini adalah usaha kami untuk menanam rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW dan memupuk perpaduan ummah,” katanya yang juga merupakan Pengerusi Masjid Jamek Kebun Sireh.

Edaran bahan penerbitan Jabatan Penerangan kepada peserta yang hadir.
“Inisiatif ini amat baik dalam mendekatkan anak-anak muda agar mereka sama-sama aktif dalam program yang dianjurkan oleh masjid,” kata seorang peserta Latifah Bujang, 51.
Pegawai Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah Jamil Zainul, yang hadir bagi menyampaikan taklimat isu semasa menyeru penduduk untuk terus menyokong usaha-usaha kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat, selain menekankan pentingnya menjaga kebersihan persekitran bagi membendung wabak denggi.
-ZS-