Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Kempen Pink Oktober Tingkat Kesedaran Kanser Payudara

By 5 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suriani Ghazali/Faizzad Kamal (Batang Padang)

TAPAH, 5 Okt (Malaysiaaktif) – Kanser menjadi pembunuh utama wanita dan semakin digeruni oleh kaum wanita di negara ini.

Pegawai Kesihatan Daerah Batang Padang Dr. V.C. Anuratha Subramanian, berkata pesakit kebiasaannya hanya akan menyedari mereka menghidap kanser apabila sudah mencapai tahap tiga atau empat yang mana situasi ini sudah agak lewat dan mendatangkan bahaya kepada pesakit.

Pink Oktober diharap dapat meningkatkan kesedaran kaum wanita terhadap kanser payudara.

“Ini berpunca kurangnya kesedaran untuk membuat pemeriksaaan awal terhadap tahap kesihatan mereka.

“Selain itu, mereka juga menjadikan alasan sibuk sebagai kekangan untuk melakukan aktiviti yang sihat serta tiada masa untuk melakukan pemeriksaan secara berkala,” ujarnya ketika ditemui pada Program Pink Oktober sempena Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Payudara di Dewan Merdeka Tapah, di sini semalam.

Tambah beliau, program hari ini membawakan pelbagai aktiviti demi membudayakan amalan hidup sihat dalam kalangan wanita seperti senamrobik, larian ceria, ceramah kesihatan, saringan kesihatan, pemeriksaan kendiri payudara, saringan pap smear dan pameran kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang.

Aktiviti larian ceria sempena Pink Oktober.

Sementara itu, penyelaras program Dr. Ritawati Sukaime menyatakan bahawa program ini telah memasuki tahun kedua pelaksanaannya dan akan dijadikan program tahunan di daerah Batang Padang.

“Program kerjasama antara Pejabat Kesihatan Daerah dan Pejabat Penerangan Daerah ini diharap berjaya mencapai objektifnya dalam mendidik masyarakat agar lebih peka dan prihatin terhadap penyakit kanser yang sangat merbahaya ini,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda