Skip to main content
Berita TempatanBerita Selatan

Wayang Pacak Kembalikan Nostalgia Generasi Lama

By 7 Oktober 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Maziah Ahmad Zaini (Alor Gajah)

MASJID TANAH, 7 Okt (Malaysiaaktif) – Wayang pacak merupakan salah satu medium hiburan yang popular pada tahun 70-an satu ketika dahulu.

Walau bagaimanapun, peredaran zaman menyebabkan teknologi semakin mudah dan wayang pacak semakin tidak mendapat tempat di hati orang ramai.

Peserta menyertai kuiz kenegaraan.

Melalu inisiatif program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Komuniti Madani yang diadakan di seluruh negara, Jabatan Penerangan membawakan kembali wayang pacak kepada orang ramai untuk mengimbau semula kenangan zaman dahulu.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning Datuk Zulkiflee Mohd Zin, kenangan wayang pacak sentiasa mekar dihati generasi lama yang rata-ratanya pernah melalui pengalaman sedemikian.

Penyampaikan hadiah kepada pemenang kuiz kenegaraan.

“Melalui wayang pacak inilah, penduduk kampung dapat maklumat mengenai dasar kerajaan yang dijalankan disamping dapat berhibur walaupun hanya sebulan sekali,” ujarnya.

Program wayang pacak diadakan sempena program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Komuniti Madani Peringkat Parlimen Masjid Tanah yang diadakan di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) DUN Taboh Naning, di sini kelmarin.

Tinggalkan komen anda