Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Tekanan di Tempat Kerja Punca Kesihatan Mental Terganggu

By 12 Oktober 2024Oktober 14th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh

TANAH MERAH, 12 Okt (Malaysiaaktif) – Memastikan kesihatan mental yang baik di tempat kerja penting untuk kesejahteraan individu.

Menurut Ketua Jabatan Dan Pakar Perunding Psikiatri, Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Tanah Merah Dr. Hazura Hamzah masalah penyakit mental boleh berlaku di persekitaran terutama di tempat kerja akibat tekanan atau sering dibuli rakan sekerja.

“Individu dengan keadaan mental yang tidak baik mudah untuk bertindak di luar batasan apabila menerima provokasi.

“Keadaan ini berlaku apabila pesakit mental terdedah kepada rutin yang sama seperti suasana pekerjaan yang toksik dan tidak kondusif serta bergaduh dengan keluarga,” katanya di Program Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024, di sini kelmarin.

Dr. Mohd Nasir (tengah) bersama tetamu jemputan.

Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Tanah Merah Wan Ibrahim Wan Yusoff menyambut baik program ini sebagai usaha untuk mengurangkan dan menyelesaikan masalah mental terutama dalam kalangan penjawat awam.

Pesara Hospital Tanah Merah Hamad Mat Nor, 60, berkata program begini wajar dilaksanakan terutama di tempat kerja bagi membendung perasaan tidak sihat dalam kalangan pekerja kerana banyak ilmu yang boleh diperolehi.

Program Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024 Peringkat Hospital Tanah Merah telah dirasmikan oleh Pengarah Hospital Tanah Merah Dr. Mohd Nasir Abdul Kadir.

Lebih 200 orang hadir bersama pegawai dan kakitangan hospital, ketua-ketua jabatan dan pemimpin masyarakat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda