Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Program Jiwa Komuniti Madani Platform Perkenalkan Produk Tempatan

By 15 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhafizah Yusof/Salawati Sharkawi (Sarawak)

KUCHING, 15 Okt (Malaysiaaktif) – Program Jiwa Komuniti Madani Peringkat Samarahan telah menjadi platform kepada Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak dalam memasarkan produk-produk tempatan.

Pengurus Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) Abdul Qadir Zailani, 28, berkata ia merupakan kali pertama PPNS menyertai Program Jiwa Madani yang telah dianjurkan oleh Jabatan Penerangan (JaPen) Sarawak.

Mee kolok kering merupakan produk terlaris PPNS.

“Tidak saya nafikan bahawa program sebegini dapat memberi jalan kepada kami untuk memperkenalkan produk-produk tempatan kepada orang awam.

“PPNS merupakan pertubuhan induk yang hanya terletak di Kota Samarahan sahaja dan di tempat yang lain hanyalah merupakan cawangan PPNS iaitu Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang terdapat sebanyak 28 pertubuhan di seluruh Sarawak,” ujarnya, di sini kelmarin.

Tambahnya lagi, produk yang ditawarkan oleh PPNS adalah mi kolok kering, keropok peria goreng, ikan terubuk nasin, serunding halia, keropok dabai, sagu Dalat, keropok cempedak, keropok durian dan pelbagai lagi.

Selain itu katanya, PPNS menjadi pusat pengumpul untuk pekebun ataupun nelayan untuk penjenamaan dan pembungkusan semula.

Produk ikan terubuk goreng rangup.

“Untuk makanan segar seperti sayur dan buah, PPNS juga menjadi pusat pengumpul Pasar Borong Samarahan, jadi pekebun boleh datang untuk menjual produk mereka kepada kami untuk kami pasarkan kepada pasaraya restoran dan Peladang eShop juga dan untuk harga bagi barangan segar, kami akan ikut harga pasaran semasa,” katanya.

Katanya, PPNS juga mempunyai usaha sama dengan syarikat yang mampan di Sarawak seperti ikan tilapia, udang, kerbau dan nanas.

“Saya berharap agar orang ramai sentiasa menyokong produk tempatan dan boleh datang dan membeli di Peladang eShop PPNS yang terletak di Samarahan dan kalau ada agensi yang berminat untuk berkolobarasi dengan PPNS boleh menghubungi mereka,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda