Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

12,519 Kes Kesalahan Akta Timbang Sukat – KPDN

By 15 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/KPDN Selangor

KUALA SELANGOR, 15 Okt (Malaysiaaktif) – Sejumlah 12,519 kes tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Timbang Sukat (ATS) 1972 oleh Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk tempoh 2020 hingga September 2024 di seluruh negara.

Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa (Pencegahan) Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), berkata daripada jumlah berkenaan sebanyak 283 kes melibatkan negeri Selangor dengan nilai rampasan berjumlah RM2.6 juta.

Katanya, tindakan dan penguatkuasaan ini dilakukan bagi memastikan integriti timbangan dan sukatan dalam urusan jual beli dipatuhi oleh peniaga demi kepentingan pengguna.

Pemeriksaan ‘lock seal’ di island pump utk pastikan tiada menipulasi meter di ‘island pump’.

“Penguatkuasaan berterusan KPDN dalam membanteras penyelewengan minyak bersubsidi yang diselewengkan serta memastikan pematuhan di bawah Akta Timbang dan Sukat terpelihara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyertai operasi pematuhan ke atas stesen minyak di sekitar Kuala Selangor hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas tiga stesen minyak tersebut menekankan ketepatan pam minyak dan meter, pemeriksaan cap sah ditentusahkan, pengujian volum serta rekod penyelenggaraan.

“Hasil pemeriksaan pada hari ini, mendapati stesen-stesen minyak terbabit mematuhi peraturan-peraturan timbang dan sukat serta peraturan-peraturan perniagaan yang telah ditetapkan,” jelasnya.

Jelasnya, sekiranya disabitkan kesalahan setiap satu boleh didenda tidak melebihi empat puluh ribu ringgit Malaysia (RM40,000) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung sebarang salah laku melibatkan perdagangan domestik di bawah bidang kuasa KPDN.

“Maklumat boleh disalurkan aplikasi Whatsapp 019-848 8000/019-279 4317, aplikasi Ez Adu KPDN, talian hotline KPDN 1-800-886-800 dan portal e-aduan.KPDN iaitu http://e-aduan.kpdn.gov.my,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda