
Oleh: Asmidar Zainol / Foto: Abdul Hafiz Itam
KUCHING, 2 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 9,909 pegawai dan anggota keselamatan bakal menunaikan kewajipan mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11, esok.
Menurut Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS), Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, 9,025 ialah pengundi awal manakala 874 ialah undi pos.
“Pengundi awal telah bersedia untuk mengundi esok pagi . Segala peraturan dan pematuhan akan dipantau,” ujarnya kepada pihak media selepas program Ramah Mesra Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Dewan Pahlawan, Ibu Pejabat Briged Sarawak Batu Kawa hari ini.
Taklimat terperinci berkenaan pengundian awal esok juga telah diadakan di ibu pejabat Polis Kontinjen Sarawak petang tadi.
SF/AAS