Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Kemenangan Sarawak Ibarat Kemenangan Sabah – Musa

By 3 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Asmidar Zainol &  Hafiz Itam

KUCHING, 3 Mei (Malaysaiaaktif) – Hubungan baik antara Sabah dengan Sarawak memberi manfaat besar kepada kedua-dua negeri.

Demikian kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman di Kampung Sejijak, Batu Kawah semalam.

“Saya mempunyai hubungan baik  dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem. Oleh yang demikian, saya bersama rombongan dari Sabah ke sini untuk membantu rakan-rakan, khususnya calon-calon Barisan Nasional (PRN) untuk berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 ini,” ujarnya.

Tambah Musa, kehadirannya di Sarawak bukan untuk menunjuk-menunjuk tetapi berkongsi pengalaman sebagai jiran yang dekat.

“Sabah pernah kehilangan kuasa disebabkan tersalah undi. Sepanjang pentadbiran pembangkang, mereka tidak membawa apa-apa manfaat  hingga menjadikan Sabah negeri yang jauh ketinggalan tanpa sebarang pembangunan.

“Justeru, kami sedar bahawa hanya parti BN sahaja boleh menjamin masa depan, membawa pembangunan dan masa depan rakyat.

Tambahnya, penduduk kampung tidak akan mengalami kerugian tetapi bakal mendapat banyak manafaat sekiranya calon BN menang di kawasan tersebut.

“Oleh itu, beliau memberi peringatan bahawa amat penting terus menyokong parti dan wakil BN yang terbukti berpengalaman untuk membawa kebaikan kepada negeri ini.

“Musa juga menjelaskan parti pembangkang kini berada dalam kucar-kacir dan pastinya mereka tidak dapat mentadbir negeri atau kawasan dengan sempurna berbanding BN yang sentiasa bersatu,” ujar Musa

Beliau berharap BN Sarawak akan beroleh kejayaan yang besar.

Semasa merasmikan Program Sejenak Bersama Pemimpin, anjuran Pemuda PBB bersama Ranting dan Wanita Kampung Sejijak 2016, Musa mengumumkan sumbangan peruntukan RM50,000 kepada penduduk Kampung Sejijak untuk membina dan naik taraf kemudahan sukan di kampung tersebut.

Turut hadir Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Haji Fadillah Haji Yusof.

-SF /AAS

Tinggalkan komen anda