
Oleh Tseu Chung Yee (Sabah)
KENINGAU, SABAH, 12 Mei (Malaysiaaktif) –? Pusat Maklumat Rakyat (PMR) Daerah Keningau penting bagi membantu menyalurkan maklumat lebih tepat dalam media sosial berhubung sesuatu isu.
Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Kennedy Jie John berkata semua pihak perlu mengambil tindakan segera memperjelaskan perkara sebenar dalam usaha menangkis fitnah dan tomahan dalam media sosial dan sebagainya.
“Pemimpin akar umbi dan agensi kerajaan wajar bekerjasama memperjelaskan setiap perkara kepada rakyat agar tidak terpengaruh dan memahami isu sebenar,” katanya ketika menghadiri program pengimarahan Pusat Maklumat Rakyat (PMR) di Pejabat Penerangan Daerah Keningau (Japen), semalam.
Kunjungan tersebut turut disertai seramai 25 kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N33 Bingkor bersama pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kawasan Bingkor.
Ujarnya, melalui kunjungan ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan baik antara Jabatan Penerangan, pejabat UPPM Bingkor dan pengerusi JKKK.