Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Kayuhan Berinformasi AADK Sebar Mesej Antidadah kepada Masyarakat

By 18 November 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (LMS)/Mohd Hafizzuddin Azhar (ZTNS)

TAIPING, 18 Nov (Malaysiaaktif) – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perak terus komited menyebarkan kesedaran akan bahaya dadah melalui Program Kayuhan Berinformasi AADK 2024 yang berlangsung di sekitar Bandar Taiping, di sini semalam.

Edaran bahan informasi kepada orang awam di Stesen KTM, Taiping.

Menurut Pengarah AADK Negeri Perak Mohamad Nor Musa, program kayuhan ini berjaya menarik lebih 80 peserta berbasikal merentasi beberapa lokasi ikonik di Bandar Taiping dengan laluan sejauh 11 kilometer bermula di perkarangan Zoo Taiping dan Night Safari yang diketuai oleh Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama Mohd Nasrul Menhat.

“Sebagai sebahagian daripada program, para peserta turut menziarahi keluarga klien yang sedang menjalani Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK).

“Dalam kunjungan tersebut, sumbangan keperluan harian telah disampaikan sebagai tanda sokongan moral kepada keluarga yang terlibat,” katanya.

Program ini bukan sahaja memperkukuh mesej antidadah malah memupuk semangat kemasyarakatan dan kesedaran sivik dalam usaha melahirkan masyarakat yang bebas dadah.

Mohd Nasrul (baju kuning) tidak melepaskan peluang bergambar bersama pengunjung Taman Tasik Taiping.

Selain kayuhan, program ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti jualan rahmah, pemeriksaan kesihatan, pameran daripada jabatan dan agensi serta pertandingan mewarna.

-ZS-

Tinggalkan komen anda