Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlisViral

Perasmian Sambutan Bulan Pemakanan Peringkat Negeri Perlis

By 26 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh :  Anuar Che Amat

Kangar, 26 Mei 2016, (Malaysiaktif) – Laporan terkini daripada National Health Survey (NHMS) 2015 mendapati sejumlah 52.5 peratus orang dewasa di Perlis di kategorikan sebagai berlebihan berat badan atau obes.

Pekara itu di nyatakan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Dr. Zaini Hussain selepas merasmikan Sambutan Bulan Pemakanan Peringkat Negeri Perlis 2016 di Auditorium Jabatan Kesihatan Negeri Perlis di Kangar hari ini.

DSC_5169

Bagi prevelans penyakit kencing manis (diabetes) di kalangan penduduk dewasa negeri Perlis yang berumur 18 tahun ke atas di catatkan 20.6 peratus iaitu yang kedua tertinggi di Malaysia, manakala bagi tekanan darah tinggi (hipertensi) sebanyak 35.4 peratus dan hiperkolestrolemia bagi penduduk negeri Perlis adalah sebanyak 47.0 peratus.

Sehubungan itu, masyarakat di Negeri Perlis di nasihatkan supaya perlu mengambil langkah proaktif dan inklusif bagi menangani Penyakit Tidak Berjangkit atau di kenali sebagai Non-Cummonicable Diseases (NCDs) tersebut.

Jabatan Kesihatan Negeri Perlis turut membangunkan satu replika Muzium Permakanan Sihat yang terletak di pejabat tersebut untuk mendidik orang ramai mengenai cara permakanan yang betul untuk kesihatan mereka, ujarnya lagi.

Turut hadir di majlis itu adalah Puan Zalma Razak, Pengarah Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tinggalkan komen anda