Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

350 Sukarelawan Bantu Mangsa Banjir Tampin

By 2 Disember 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Safwan (Tampin)

GEMENCHEH, 2 Dis (Malaysiaaktif) – Tampin menyaksikan satu semangat kesukarelawanan yang tinggi daripada rakyat berbilang kaum di Negeri Sembilan yang datang membantu mangsa bencana banjir di daerah ini.

Sukarelawan ,enbantu membersihkan sebuah rumah mangsa banjir di Taman Pinggiran Felda Sungai Kelamah.

Program Pembersihan Rumah Pasca Banjir Parlimen Tampin yang telah digerakkan oleh Majlis Daerah Tampin, di sini semalam telah dihadiri lebih 350 orang sukarelawan daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari dalam dan luar daerah Tampin.

Program ini telah dilancarkan di Taman Pinggiran Felda Sg. Kelamah, Gemencheh oleh YB Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa,

Ahli Parlimen Tampin Datuk Mohd Isam Mohd Isa ketika melancarkan program di Taman Pinggiran Felda Sungai Kelamah, di sini merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir membantu mangsa-mangsa banjir di Parlimen Tampin dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan bukan sahaja semasa bencana namun dalam apa jua keadaan memerlukan pada masa akan datang.

“Semoga kehadiran sukarelawan yang membantu dapat meningkat semangat kepada mangsa bencana pada tahun ini, bantulah dengan baik dan bersungguh-sungguh,” katanya.

ADUN Gemencheh (empat dari kanan) bersama ahli NGO yang hadir membantu.

Selain membantu di Taman Pinggiran Felda Sungai Kelamah, sukarelawan juga turut membantu mangsa bencana di kawasan terkesan yang lain di sekitar daerah Tampin seperti di Kampung Tenai dan Felda Jelai, Gemas.

Program pembersihan ini turut dijayakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Gemencheh Suhaimizan Bizar, Pegawai Daerah Tampin Mohd Fadhil Hassan, Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin Suriani Salihan dan Ketua-ketua Jabatan daerah ini.

Sementara itu, lawatan dan tinjauan ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih dibuka seperti di PPS Sekolah Kebangsan (SK) Felda Sungai Kelamah, PPS SK Londah dan PPS Balai Raya Kampung Pasir Besar mendapati semua mangsa amat berpuas hati dengan suasana dan perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Khidmat Operasi Bencana (PKOB) Daerah Tampin yang diurusetiakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda