Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

SWCorp Komited Pengasingan Sisa Kotoran Dipatuhi

By 3 Jun 2016Jun 4th, 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka (Melaka)

MELAKA, 3 Jun (Malaysiaaktif) – Operasi Penguatkuasaan Pengasingan Sisa di Punca (SAS) pada Rabu lalu menyaksikan tujuh notis pemberitahuan kesalahan dikeluarkan kepada pemilik rumah yang degil dan tidak mengasingkan sisa kotoran dengan betul.

Operasi yang dijalankan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) Melaka ini melibatkan 515 rumah di lima kawasan perumahan iaitu Taman Rim Mutiara, Jasin; Taman Tun Kudu, Bukit Katil; Taman Seri Serindit, Bukit Serindit; Taman Seri Paya Rumput, Masjid Tanah dan Taman Ganun Setia, Alor Gajah.

 

2431d4f8-19a1-44a3-9412-4373a303c98a

 

Seramai 27 anggota operasi SAS memeriksa tong sampah di setiap 515 rumah yang terlibat.

Menurut Pengarah SWCorp Melaka, Zulkifli Tamby Chik, notis yang dikeluarkan adalah kecil yang bermaksud penduduk di lima kawasan tersebut patuh dan faham kepentingan pengasingan tersebut.

“SWCorp Melaka menjangkakan jumlah bahan pelupusan di Melaka akan berkurangan sebanyak 30 peratus dalam tempoh tiga tahun,” ujarnya.

Tambahnya, sejak peraturan pengasingan sisa pepejal dipromosikan pada 1 September tahun lalu, jumlah bahan pelupusan telah berkurangan dari 1,200 tan kepada 920 tan sehari.

Mengulas lanjut mengenai operasi SAS, Zulkifly memaklumkan bahagian penguatkuasaan akan membuat operasi terancang sebanyak dua kali seminggu bagi mendidik orang ramai untuk menjadikan aktiviti pengasingan sisa pepejal ini sebagai amalan harian.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda