Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Projek Tarana Mampu Selesaikan Masalah Capaian Internet di Kawasan Terpencil

By 14 Disember 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor/Krisha Selladurai (Pontian)
PONTIAN, 14 Dis (Malaysiaaktif) – Projek Tarana di bawah pemantauan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diyakini mampu menyelesaikan masalah capaian Internet khususnya di kawasan terpencil di luar bandar.

Fahmi meninjau tapak ujian Projek Tarana di Dewan Sebaguna Kampung Sri Bunian, Pontian sempena lawatan kerjanya hari ini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, berkata projek Tarana ini juga mampu menjimatkan kos dan pembinaannya mudah tanpa memerlukan penanaman kabel yang banyak untuk rangkaian Internet.
“Projek Tarana ketika ini masih dalam peringkat ujian dan setelah beroperasi nanti mampu meningkatkan kesalinghubungan capaian internet dalam lingkungan dua hingga tiga kilometer selaras dengan keupayaan projek tersebut dibeberapa negara luar.
“Setakat ini terdapat dua lokasi pengujian projek Tarana di negeri Johor iaitu di Sedenak Tech Park dan Kampung Seri Bunian, Pontian yang dimulakan sejak bulan Oktober lalu melibatkan premis seperti sekolah, masjid dan dewan orang ramai bagi pengujian data mengikut keadaan faktor cuaca semasa,” katanya pada sidang media selepas mendengar Taklimat ‘Prove Of Concept (POC) Tarana’ di Dewan Serbaguna Masyarakat Kampung Seri Bunian, di sini hari ini.

Taklimat ringkas dari wakil projek Tarana.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi  (Infrastruktur Telekomunikasi) Mano Verabathran dan Pegawai Daerah Pontian Kamalludin Jamal.
-ZS-

Tinggalkan komen anda