Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

Kenyataan Nizar Memang Biadap – Hishamuddin

By 8 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh Dila Khamde

SUNGAI BESAR, 8 Jun (Malaysiaaktif) – Kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tentang kejadian nahas helikopter di Sarawak disebabkan oleh kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dianggap biadap.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien berkata demikian ketika program Walkabout dan Ramah Mesra di Bazar Ramadan Taman Padu Permai, di sini petang semalam.

Menurut Hishamuddin, walaupun kenyataan itu digunakan atas tujuan politik namun keluarga mangsa perlu dihormati terutama pada bulan Ramadan.

Tindakan Nizar yang tergamak mengeluarkan kata-kata sebegitu mencerminkan keperibadian dan kelemahan dirinya sendiri.

“Saya kenal rapat dengan arwah Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad, isteri dan anak. Jadi saya minta yang lain tak perlulah membuat luahan sebegitu kerana arwah ada keluarga dan untuk meluahkan kata-kata sebegitu memang saya rasa biadap,” ujar Hishamuddin.

Isnin lepas, sewaktu berucap pada sesi ceramah di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, Nizar berkata bahawa Barisan Nasional (BN) seharusnya mengambil nahas itu sebagai pengajaran kerana merampas kerajaan Perak semasa beliau menjadi menteri besar.

-SF

Tinggalkan komen anda