Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

Sg. Besar: Mangsa Kebakaran Terima Rumah Baharu

By 8 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh: Muhammad Rizal Redzuan

SUNGAI BESAR, 8 Jun (Malaysiaaktif) – Mangsa kebakaran Musolli Resad serta isterinya Juminah Rusdi lega kerana Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ismail Sabri Yaakob berjanji akan membina semula rumahnya yang hangus terbakar 5 Jun lepas.

Semasa ditemui, Resad berkata, ketika kebakaran berlaku, dia dan isterinya berada di Masjid, “Anak-anak yang berada di rumah cuba memadamkan kebakaran nampun gagal lantas memanggilnya di masjid. Selain rumah, sebuah motosikal turut hangus.

Segala persiapan Aidilfitri kami turut hangus. Saya sangat bersyukur kerana diberi rumah baharu dan bantuan kecemasan”.

IMG-20160608-WA0011

Menurut Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat  (KEMAS) Selangor, Mohd Adnan Md Daud, sebelum ini, Ahli Parlimen Tanjong Karang yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah memohon Ismail untuk datang melawat dan memberi bantuan rumah kepada mangsa.

Pemberian dan pengumuman itu dibuat selepas Majlis Ramah Mesra Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Parlimen Sungai Besar dan Penduduk di Sungai Limau di sini semalam.

Menurut Ismail, JKKKP diwujudkan kerana apabila bertukarnya kerajaan negeri Selangor pada 2008, semua JKKK telah dilucutkan jawatannya oleh kerajaan negeri yang baharu.

IMG-20160608-WA0016

“Walau bagaimanapun, kerajaan persekutuan yakin penduduk di semua tempat masih memerlukan khidmat kerajaaan persekutuan dalam menjaga kebajikan dan membuat pembangunan kepada rakyat, maka diwujudkan JKKKP yang mewakili Kerajaan Persekutuan untuk memberi khidmat di peringkat kampung.

Tambahnya, siapa pun yang menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar ini tidak akan menjejaskan kedudukan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

“Tetapi jika calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi menang dalam PRK ini banyak projek dan peruntukan kerajaan dapat disalurkan dengan lancar kepada rakyat.

“Selain itu, jika ada apa-apa keperluan oleh rakyat, JKKKP perlu membawa terus permohonan kepada Perdana Menteri (PM) dan PM pastinya akan meluluskan apa-apa saja yang menjadi keperluan rakyat,” ujar Ismail lagi.

Pada majlis itu, Ismail turut menyampaikan Peruntukan Elaun JKKKP Negeri Selangor bagi Setengah Tahun Kedua 2016 berjumlah RM4.2 juta.

-SF

Tinggalkan komen anda