Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerakViral

RUU: Nancy Pegang Kepada Hak Asasi dan Pendirian Parti

By 10 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh Diyana Zamri (Putrajaya)

MANONG, 10 Jun (Malaysiaaktif) – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri hari ini menegaskan pendiriannya yang menolak pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang akan membuka jalan kepada pelaksanaan hudud.

“Memang pun saya tidak menyokong kerana saya terpaksa menyokong hasrat parti saya sendiri. Ini adalah pendapat pandangan dari segi politik. Parti politik kita mempunyai pendirian sendiri. Saya mewakili Sarawak,” tegas Nancy ketika ditemui di program Hello Komoditi di SMK Tajul Ariffin di sini.

Mengulas tentang dirinya yang dianggap tidak menyokong penambahbaikan syariah, Nancy yang kini memangku jawatan Menteri Sumber Asli dan Komoditi berkata sebagai Pengerusi Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Nasional (NHRAP), beliau kekal dengan pendiriannya untuk tidak menyokong pindaan RUU ini.

“Saya juga adalah pengerusi National Human Rights Action Plan dan kalau ini disokong oleh saya, bermakna saya tidak mematuhi dari sudut human rights. Jadi sebab itu, saya kekal dengan pendirian saya untuk tidak menyokong (pindaan ini). Sebelum itu, saya sudah menjelaskan mengenai keadaan kedudukan di bawah perlembagaan sebab itu juga di bawah artikel perlembagaan, saya rasa tidak diperlukan,” jelas Nancy.

Sementara itu, pada majlis yang sama, Douglas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Douglas Uggah Embas yang turut hadir mengumumkan pembinaan sebuah pusat latihan untuk pekebun-pekebun kecil hasil cetusan idea mantan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Menurut beliau, antara satu sumbangan Wan Mohammmad Khair-il ialah untuk menubuhkan sebuah pusat latihan di kawasan Kuala Kangsar. Sehubungan itu, tanah seluas 45 ekar telah diperoleh di Manong bagi tujuan tersebut.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda