Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerakViral

Dua Syarat Tun M Tidak Akan Berlaku – Rahman Dahlan

By 12 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh: Diyana Zamri / Muhairul Azman Supian (Putrajaya)

KUALA KANGSAR, 12 Jun (Malaysiaaktif) – “Kita dah sampai ke tahap tidak boleh marah. Kita kesian dan sedih sebab seorang negarawan yang kita sanjung boleh buat pusingan 180 darjah dan bersekongkol dengan pembangkang.”

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kajian Tempatan (KPKT), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) yang membawa isu lama di Kuala Kangsar, hari ini.

Tambahnya, kesedihan itu kerana Tun M sanggup meninggalkan perjuangannya sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) selama 22 tahun.

“Kita masih lagi menyanjung beliau sebagai seorang pemimpin yang besar tetapi sedikit demi sedikit akibat tindakan beliau sendiri… Kita rasa kehilangan. Ini adalah apa yang saya rasa. Adakah saya marah? Itu dulu. Dulu saya rasa marah. Saya ingin beliau kekal bersih dalam memori.

“Jadi perasaan nak kata kita marah pun, kita dah melepasi tahap itu. Kalau ada orang kata kita merasa marah, kita merasa dendam terhadap Tun M, kita dah sampai satu tahap yang kita sedih kerana insya-Allah BN akan menang di Kuala Kangsar nanti. Kita sedih kerana beliau tidak boleh menjadi sebahagian daripada kegembiraan kita nanti,” katanya selepas merasmikan program Komuniti 3R ‘Kuale’ di Rancangan Perumahan Awam (RPA) Fasa 4.

Tambahnya lagi, walaupun Tun M meletakkan dua syarat sekiranya ingin dia kembali kepada UMNO iaitu menurunkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bersihkan UMNO, Rahman menegaskan perkara itu tidak akan berlaku.  Namun begitu tegas Rahman, mereka tetap akan menunggu sehingga Tun M bersedia untuk kembali.

 

-AH/AAS

 

Tinggalkan komen anda