Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

PJRM Sempena Tahun Baharu Cina di Kampung Pauh Setia

By 29 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

ARAU, 29 Jan(Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Ā Negeri Perlis telah mengadakan Program Jualan Rahmah MADANIĀ  (PJRM) Negeri Perlis Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Perlis bagi Parlimen Arau di Dewan Orang Ramai Kampung Pauh Setia, di sini semalam.

JualanĀ  yang bermula dari pukul 2.00 hingga 5.30 petang tersebut telah berjaya menarik para penduduk setempat untuk membeli barangan keperluan pada harga yang cukup berpatutan.

Chao Kat Tiang membeli barangan keperluan untuk sambutan Tahun Baharu Cina.

Lebih 25 jenis barangan keperluan asas telah di jual dengan potongan harga dari 10 hingga 30 peratus.

Chao Kat Tiang, 69 dari Kampung Baru Pauh memuji usaha yang di lakukan KPDN Perlis ini.

“Barangan yang dijual lebih murah berbanding kedai biasa dan saya membelinya untuk sambutan Tahun Baharu Cina,ā€ katanya, di sini semalam.

Lim See Kiam bersama barangan keperluan yang beliau beli pada harga yang sangat murah.

Seorang lagi penduduk Lim See Kiam, 55, dari Kampung Pauh Setia pula mengharapkan agar program ini dapat diadakan lebih kerap lagi kerana penduduk di kawasan ini terdiri daripada pelbagai bangsa.

ā€Ramai yang berpendapatan di bawah paras B40.

“Barang di jualan ini sangat murah seperti Beras Putih import lima kilogram yang dijual pada harga RM13.50 berbanding RM18.00 di pasaran biasa dan ayam bulat proses cuma RM10.00 sahaja seekor,”Ā  katanya.

Tinggalkan komen anda