Skip to main content
Berita Sabah & LabuanSabah

Telupid Charity Bazaar 3.0: Inisiatif Kebajikan dan Kesedaran Alam Sekitar

By 16 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Moh. Haziman Abdul Rahman (Telupid)

TELUPID, 16 Feb (MalaysiaAktif) – Program kebajikan Telupid Charity Bazaar 3.0 terus mendapat sambutan dan sokongan padu daripada pelbagai lapisan masyarakat sebagai platform untuk menyumbangkan dana serta barangan seperti pakaian terpakai, peralatan dapur, dan keperluan harian lain.

Yvonne’s Art, seorang usahawan bisu (OKU), mengadakan pameran dan jualan lukisan.

Program ini dianjutkan bagi membantu golongan yang memerlukan selain menggalakkan semangat kesukarelawanan dan solidariti dalam kalangan masyarakat setempat.

Penganjur perogram, Alvein Dee Albenus, 32, Telupid Charity Bazaar 3.0 diadakan berkonsepkan ‘free market’, di mana sumbangan orang awam diberikan secara langsung kepada penerima yang memerlukan

Alvein bersama pameran CERT Telupid yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pemuliharaan gajah di kawasan Telupid.

“Selain menyampaikan sumbangan, kami juga mengadakan pelbagai pameran daripada agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk kaunter derma darah.

“Kali ini, kami menampilkan kelainan dengan mengadakan pameran oleh Community Elephant Ranger Team (CERT) Telupid bagi meningkatkan kesedaran orang awam tentang pemuliharaan gajah di kawasan Telupid.

“Penganjuran program ini juga menggalakkan rakan-rakan usahawan serta peniaga kecil di sekitar Telupid untuk menjalankan perniagaan mereka. Secara tidak langsung, ia membantu mereka mengembangkan perniagaan masing-masing,”katanya ketika ditemui di Program Telupid Charity Bazaar 3.0 di sini semalam.

Ellan dan rakan-rakannya mengunjungi Telupid Charity Bazaar 3.0.4 di sini semalam.

Sementara itu, salah seorang pengunjung, Ellan Elister, 16, berharap program ini akan diteruskan bagi membantu lebih ramai golongan yang memerlukan.

“Penganjuran program seperti ini sangat bagus kerana ia dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan, terutamanya mangsa bencana banjir baru-baru ini,” kongsinya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda