
Laporan/foto: Harman Mohammad Khalid/Muhammad Zayed Barak
KUALA LUMPUR, 17 Feb (MalaysiaAktif) – Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Setiawangsa 2025 telah berlangsung dengan meriah di Taman Sri Rampai dengan kehadiran sekitar 1,700 orang penduduk setempat yang terdiri daripada pelbagai kaum, mencerminkan semangat perpaduan dan keharmonian di kalangan masyarakat Malaysia, di sini kelmarin.

Ucapan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik NazmiĀ NikĀ Ahmad
Para tetamu disajikan dengan pelbagai persembahan seperti tarian singa, pertunjukan kebudayaan tarian tradisional Cina, persembahan muzik, pertunjukan bunga api serta tradisi āYee Sang’ yang menjadi simbol kemakmuran dan tuah.

Acara tradisi menggaul āYee Sangā oleh tetamu kehormat sebagai lambang keharmonianĀ danĀ tuah
Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad yang hadir sebagai tetamu kehormat, dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan majlis, khususnya komuniti Taman Sri Rampai yang telah bekerjasama erat dalam penganjuran acara tersebut.
“Sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun ini merupakan tahun ular yang membawa maksud kebijaksanaan, perubahan dan pembaharuan serta permulaan lembaran baru yang penuh dengan peluang dan kejayaan.
“Justeru itu, kita semua menggalas tanggungjawab yang begitu penting dalam menghebahkan setiap kejayaan kerajaan yang memberi manfaat untuk kesejahteraan rakyat Malaysia dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara” kata Nik Nazmi.
Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JAPEN WPKLP), Lt. Kol. Bersekutu (PA) Haji Sabarudin Yeop Hamza, Pengurus Kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Izz Hayza Mohd Zam dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Parlimen Setiawangsa, MahathirĀ MohammadĀ Tahir.