Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

500 Sertai Majlis Rakan Muda Khatam Al-Quran

By 27 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh: Zanizal Zamani & Ariza Mohamed Zaki (George Town)

GEORGE TOWN, 27 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 500 belia mewakili pelajar daripada maahad tahfiz, mahasiswa dan mahasiswi universiti awam dan swasta serta pusat-pusat kemahiran belia telah menyertai Majlis Rakan Muda Khatam Al-Quran Sabtu lepas di Masjid Jamek Sungai Gelugor.

Menjadi aktiviti tahunan  Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, majlis ini melibatkan anak-anak muda beragama Islam di seluruh Pulau Pinang.

Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor, menyifatkan penganjuran program ini sebagai usaha untuk menerapkan budaya membaca Al-Quran kepada umat Islam khususnya golongan muda.

Wan Salim turut menggesa agar tidak menjadikan majlis ini sebagai penutup kepada bacaan Al-Quran pada tahun ini, tetapi perlu diteruskan dan menjadikannya sebagai amalan harian.

WhatsApp-Image-20160626

Setiap tahun, majlis ini akan diadakan pada penghujung Ramadan sebagai majlis terakhir bagi program Ihya’ Ramadan.

Penganjuran majlis kali ini telah mendapat kerjasama daripada Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang (ICU).

Majlis bacaan khatam tersebut telah di ketua oleh Timbalan Imam Besar Masjid Negeri Pulau Pinang, Ustaz Mohd Sharbani Hj Awang.

Turut hadir, Timbalan pengarah Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang, Rahman Musbah.

– AH

Tinggalkan komen anda