Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

40 Terima Bantuan Aidilfitri

By 27 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh : Ahmad Faiz Mansur (Bayan Baru)

BAYAN BARU, 27 JUN (Malaysiaaktif) – Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, 40 penduduk Bayan Baru menerima sumbangan bantuan Aidilfitri Sabtu lepas di Dewan Rukun Tetangga Mahsuri di sini.

Program anjuran Komuniti 1 Malaysia dan Rukun Tetangga Mahsuri Bayan Baru dengan Kerjasama Masjlis Keselamatan Negara Pulau Pinang ini merupakan program amal tahunan.

Tujuan utama program ini adalah untuk membantu serta meraikan golongan yang memerlukan menyambut Aidilfitri ini dengan penuh keceriaan dan kegembiraan.

Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Pulau Pinang, Alfian Bakar, turut meluahkan rasa terima kasihnya kerana menjemput pihaknya untuk bersama-sama membantu dalam pemberian sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Tambah Alfian, usaha sama seperti ini amat dialu-alukan terutama sekali bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik.

WhatsApp-Image-20160625 (1)

Penerima bantuan terdiri daripada penduduk setempat yang kurang berkemampuan dan golongan ibu tunggal.

Sementara itu, barangan yang diagihkan adalah berupa barangan keperluan harian.

– AH

Tinggalkan komen anda