Skip to main content
Berita TempatanMelaka

Tak Payah Majlis Iftar, Guna Peruntukan Bantu Asnaf

By 27 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Mastika Hablum

MELAKA 25 Jun (Malaysiaaktif) — Seiring tuntutan bersedekah, terutama dalam bulan Ramadan menyaksikan seramai 100 orang daripada golongan asnaf menerima sumbangan duit raya daripada pihak Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Limau baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan berkenaan, Datuk Amirudin Yusof berkata tahun ini majlis diadakan tanpa jamuan berbuka puasa kerana penduduk setempat lebih selesa berbuka bersama keluarga di rumah masing-masing.

“Ini bertepatan dengan keputusan yang telah diambil oleh kerajaan negeri agar peruntukan yang biasanya digunakan untuk menyediakan jamuan berbuka, lebih berfaedah digunakan untuk membeli barangan keperluan para asnaf bagi menyambut Aidilfitri,”ujarnya.

23d1cba1-0ca9-4fbc-be22-af36009bb26b

 

Beliau turut melahirkan ucapan terima kasih kepada jabatan dan agensi yang menyumbang untuk  Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri Peringkat DUN ini, khususnya Pejabat Penerangan Daerah Alor Gajah dengan kerjasama Komuniti 1Malaysia DUN Ayer Limau.

Salah seorang penerima, Salmah Manaf, 88, melahirkan rasa syukur atas sumbangan ini dan mendoakan agar pihak yang menyumbang beroleh keberkatan.

“Sumbangan ini walaupun mungkin kecil pada orang lain, tapi sangat besar ertinya pada nenek sebab nenek sudah dapat jimatkan duit beli barangan dapur dan dapat meraikan tetamu yang datang berziarah pada hari raya,” katanya.

Menurut Abdul Malek Basiron, 60, yang turut menerima sumbangan berharap agar jabatan dan agensi yang prihatin terhadap golongan yang memerlukan ini meneruskan program tersebut setiap tahun.

“Ramai yang sememangnya memerlukan bantuan, dan pada waktu Ramadan begini rezeki kami meningkat kerana ramai yang baik hati dan sudi menghulurkan bantuan dan mengurangkan beban kami,” katanya kepada Malaysiaaktif.

Selain duit raya, kumpulan asnaf terbabit turut menerima sehelai kain batik, kain pelikat serta kuih raya dan barangan makanan.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda