Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Sungai Rambai Juga Kekalkan Tradisi Malam Tujuh Likur

By 27 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Khairunnisa Abd Rahman

JASIN, 27 Jun (Malaysiaaktif) – Bahang Aidilfitri semakin dirasai apabila warna warni lampu dan cahaya pelita raya semakin melimpahi daerah Jasin, khususnya di kawasan Sungai Rambai.

Sempena tradisi memeriahkan Malam Tujuh Likur, pihak Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai Sabtu lepas membuat pelancaran ‘Pelita Raya 2016’ yang membabitkan sejumlah 14 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan tersebut.

Penganjuran acara tradisi pelita raya yang dibuat setiap tahun ini bertujuan mengeratkan hubungan sesama penduduk kampung, khususnya masyarakat Melayu yang bergotong-royong  memasang pelita selepas menunaikan solat terawih, bagi memeriahkan kampung masing-masing sempena menanti ketibaan bulan syawal.

5cb16731-9d0b-42fc-b672-aa428ab72f4a

Jasin dilimpahi cahaya berwarna warni sempenan Malam Tujuh Likur.

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Abdul Rahman berkata, setiap kali aidilfitri hampir tiba, seluruh pelosok kampung dimeriahkan dengan cahaya pelita.

“Kita juga nak membangkitkan semangat kemeriahan aidilfitri dengan meneruskan tradisi menganjurkan pertandingan pelita raya peringkat DUN dan kita berikan hadiah kepada kampung yang menang,” ujarnya.

Tambahnya lagi, mereka mensasarkan sebanyak 14,000 pelita dipasang di seluruh DUN Sungai Rambai dan pada malam Sabtu dimulakan dengan sebanyak 2,500 pelita.

5849113d-b2c4-41cd-96d8-f6c40294cd1a

 

“Kita menyasarkan semua 14 mesti memasang 1,000 pelita dan dengan itu sasaran sebanyak 14,000 pelita akan dapat dicapai,” ujarnya.

Menurut Pengerusi Komuniti 1Malaysia (K1M) Sungai Rambai, Haji Hussin Muhamad, 46, program ini merupakan tradisi sejak 2009 dan antara matlamatnya untuk mengekalkan tradisi malam tujuh likur, khususnya dalam kalangan generasi muda.

“Selain memasang dan menyalakan pelita raya, acara mengacau dodol dan membakar lemang pun kita buat pada tahun ini dan sebagai simbolik pelancaran, pelita gergasi turut dinyalakan malam tadi,” jelasnya lagi.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda