
Oleh : Herman Hamid (Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Malaysiaaktif) – “Dalam kegembiraan masyarakat menyambut Hari Raya Aidilfitri, golongan pesakit di hospital seharusnya tidak di lupakan”.
Demikian dinyatakan oleh Menteri Kewangan Kedua merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani.
Beliau ditemui wartawan Malaysiaaktif ketika mengadakan sumbangan Aidilfitri kepada pesakit-pesakit di Hospital Kuala Lumpur sempena kedatangan Syawal yang hampir tiba.
Dalam sesi sumbangan Aidilfitri ini, para pesakit menerima beraneka jenis kuih dan sumbangan duit raya.
Program Sumbangan Aidilfitri ini juga turut di hadiri oleh Ahli Lembaga Pelawat Hospital Kuala Lumpur.
Datuk Johari Abdul Ghani seterusnya menyerahkan sumbangan berbentuk cek dan Surah Yasin kepada Surau Hospital Kuala Lumpur.
DK