Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Komuniti MADANI Taman Siakap Sambut Hari Ibu

By 10 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noornita Ahmad (Seberang Perai Tengah)

SEBERANG JAYA, 12 Mei (MalaysiaAktif) – Komuniti MADANI Taman Siakap menganjurkan sambutan Hari Ibu dalam suasana penuh meriah dan mesra sebagai tanda penghargaan kepada para ibu di kawasan berkenaan, di sini semalam.

Senaman petang antara aktiviti yang dijalankan.

Pelbagai aktiviti menarik diatur bagi memeriahkan sambutan antaranya senaman ringan, sesi penyampaian cenderamata, ucapan penghargaan serta sesi motivasi khas yang menyuntik semangat dan inspirasi kepada para ibu yang hadir.

Setiausaha Komuniti MADANI Taman Siakap Datin Dr. Hajah Hazariah Abu Hassan, berkata program ini bukan sahaja bertujuan meraikan peranan ibu, malah menjadi medium untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk.

“Ibu adalah tulang belakang keluarga yang berkorban masa, tenaga dan perasaan demi kebahagiaan anak-anak.

“Saya berharap sambutan ini mampu menyemarakkan semangat serta memberi kegembiraan kepada semua ibu yang hadir,” katanya ketika ditemui wartawan Malaysia Aktif.

Para peserta berinteraksi dan berkongsi pengalaman hidup.

Program yang berlangsung dalam suasana santai ini turut membuka ruang untuk para ibu berinteraksi dan berkongsi pengalaman hidup, sekali gus mengeratkan lagi hubungan komuniti setempat.

Turut memeriahkan sambutan ialah Ketua Komuniti MADANI Taman Siakap Datuk Dr. Mas Rosemal Mas Hakim serta wakil TDC Holdings Zon Utara Puan Rusyati Saad.

-ZS-

Tinggalkan komen anda