Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangorVideo

Piring Hitam Muzik di Hujung Jarum

By 3 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ariff Ishak/Muhd Afiqq (Selangor)

PETALING JAYA, 26 Jun (MalaysiaAktif) – Piring hitam atau vinyl masih mendapat perhatian generasi muda, yang menghargai keunikan bunyi analog yang membuai perasaan dan menyimpan seribu kenangan.

Amcorp Mall yang terletak di Petaling Jaya sering menjadi tumpuan peminat piring hitam dengan pelbagai pilihan pemain turntable dan vinyl yang dijual setiap hujung minggu.

Deretan kedai seperti ‘Trans Music Express’ dan ‘Victoria Music Centre’ bagaikan muzium lengkap dengan turntable klasik, piring berusia puluhan tahun sering menjadi tumpuan pencinta muzik analog.

Setiap alunan yang terhasil daripada piring hitam membawa nostalgia dan emosi tersendiri, membuai perasaan pendengar dengan kemerduan analog yang tidak dapat ditandingi muzik digital.

-FN-

Tinggalkan komen anda