Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Pemandu, Penumpang Bas Gagal Pakai Tali Pinggang Keledar Boleh Disaman

By 12 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 12 Jul (MalaysiaAktif) – Pemandu dan penumpang bas termasuk bas ekspres dan bas persiaran yang gagal memakai tali pinggang keledar boleh disaman serta merta menerusi pelaksanaan Op Khas Pemakaian Tali Keledar bermula 1 Julai lepas.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Perlis Noraini Mohd Nawi berkata sejak pelaksanaannya, sebanyak 79 buah bas ekspres dan bas persiaran telah diperiksa dengan hanya seorang penumpang dikenakan kompaun RM300, setakat ini.

Pemandu bas ekspres dan bas persiaran diwajibkan memakai tali pinggang keledar.

Dalam tempoh sama juga, seramai 17 penumpang bawah umur telah diberikan nasihat dan advokasi agar sentiasa berbuat demikian ketika menggunakan perkhidmatan bas.

“Tindakan penguatkuasaan ini selaras dengan peruntukan undang -undang semasa di bawah Kaedah 4 dan 4A, Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Tali Pinggang Keledar) 1978 (Pindaan) 2008 di mana di mana tindakan saman boleh dikeluarkan serta-merta kepada pemandu dan penumpang yang gagal memakai tali pinggang  keledar,” katanya, di sini semalam.

Pelaksanaan operasi itu adalah bagi menangani isu kemalangan dan keselamatan jalan raya melibatkan kenderaan perkhidmatan awam terutamanya bas.

Para penumpang bas ekspres memakai tali pinggang keledar ketika menaiki bas.

Tambahnya, hasil pemantauan pihaknya mendapati kadar pematuhan semua pemandu dan penumpang berada dalam keadaan baik.

JPJ Perlis mengingatkan semua pemandu dan penumpang untuk sentiasa mematuhi pemakaian tali pinggang keledar.

Manakala, semua pengusaha bas perlu memastikan kenderaan tersebut dilengkapi tali pinggang keledar yang berada dalam keadaan baik.

-RI

Tinggalkan komen anda