Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Ihtifal Lughawi Platform Martabat Bahasa Arab

By 14 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Fauzi

TAMPIN, 14 Jul (MalaysiaAktif) – Program Ihtifal Lughawi Sekolah-Sekolah (ILSS) menjadi platform sesuai dalam memartabatkan bahasa Arab melalui pelbagai pertandingan dan persembahan yang menarik dan kreatif.

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Tampin Muhammad Zikry Jamaludin berkata penganjuran ILSS mengangkat bahasa Arab sebagai bahasa ilmu, bahasa ibadah dan bahasa komunikasi sejagat.

Penyampaian hadiah kpd peserta Daie Cilik.

“Usaha ini amat bertepatan dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melahirkan murid yang fasih berbahasa Arab, berdaya saing, beradab dan berdaya saing.

“Ia juga menyokong hasrat KPM dalam melahirkan Generasi MADANI yang bukan sahaja cemerlang dalam aspek akademik, malah memiliki akhlak dan adab yang terpuji,” katanya ketika merasmikan program itu bagi peringkat daerah Tampin di Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah, Gemencheh, dekat sini kelmarin.

Tetamu yang hadir.

Muhammad Zikry berharap program berkenaan dapat diteruskan dan diperkasakan, bukan sahaja sebagai satu pertandingan tetapi medan untuk menanam nilai, menyubur budaya ilmu, dan membentuk pelapis kepimpinan ummah masa depan.

Lebih 25 buah sekolah dalam daerah Tampin menyertai program berkenaan dengan pelbagai pertandingan seperti sebutan korus dan Daie Cilik bahasa Arab.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Felda Sungai Kelamah Soma Safar, Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah Muhammad Ikhwan Mohd Yazif dan Pengerusi Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Sungai Kelamah Zaleha Abdul Rahman.

-RI

Tinggalkan komen anda