Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Tebu Telur Raih Permintaan Tinggi

By 14 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Firdaus Zaki/Syafiq Irman (Bentong)

BENTONG, 14 Jul (MalaysiaAktif) – Siapa sangka tanaman tebu telur yang diusahakan sejak dua tahun lalu kini membuahkan hasil apabila mendapat permintaan yang tinggi di pasaran.

Shahrulgani (kanan) bersama pekerjanya mengumpulkan tebu di ladangnya sebelum dijual kepada peraih.

Shahrulgani Saari, 62, dari Felda Bilut memberitahu projek ladang tebunya ini mendapat permintaan hingga ke Singapura.

“Tebu telur ini mendapat permintaan tinggi kerana ia ada sedikit kelainan berbanding tebu-tebu biasa yang mana airnya tidak begitu manis dan banyak,” katanya kepada Malaysia Aktif, baru-baru ini.

Shahrul juga memberitahu disebabkan rasa airnya yang tidak begitu manis, tebu telur ini turut digemari komuniti Cina.

Penjagaan yang rapi juga perlu dilakukan bagi memastikan bekalan tebu mencapai produktiviti.

Tambahnya, memandangkan tebu telur mendapat sambutan menggalakkan, ada peraih yang sanggup mendahulukan wang bagi memastikan mereka mendapat bekalan tebu.

“Stok tebu ada masanya tidak mencukupi bukan sahaja pada bulan Ramadan malah di bulan-bulan lain juga, tapi saya tidak berani untuk mengambil wang pendahuluan kerana bimbang tidak dapat membekalkan tebu kepada peraih,” katanya.

Beliau berkata projek ladang tebu berkeluasan tiga ekar itu turut menerima peruntukan Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI).

-RI

Tinggalkan komen anda