
Laporan/foto: Marshita Othman (Kerian)
BAGAN SERAI, 15 Jul (MalaysiaAktif) – Pertandingan tarik tali di Padang Awam Bandar Lembah Beriah di sini, kelmarin telah berjaya menghimpunkan anak-anak muda dari pelbagai kampung dan latar belakang.
Pertandingan itu bukan sahaja menguji kekuatan fizikal, malah menjadi platform mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat setiakawan dalam kalangan belia.

Kumpulan Wira Merah muncul sebagai johan pertandingan dan berjaya membawa pulang wang tunai RM1,000.
Suasana di padang pertandingan yang penuh sorakan dan gelak tawa, mencerminkan keceriaan serta semangat kekeluargaan.
Walaupun pertandingan berlangsung dengan penuh semangat juang, namun semangat kesukanan dan hormat-menghormati tetap dijaga.
Menurut Pengurus Pasukan Tarik Tali dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Perak Abdul Malik, melalui program itu anak-anak muda dapat saling mengenali, bekerjasama dan berkomunikasi dengan lebih mesra.

Kumpulan Telor Masam meraih tempat kedua dan memenangi wang tunai RM800.
“Lebih menarik lagi, mereka turut berpeluang untuk bergaul secara sihat, sekali gus menjauhkan diri daripada gejala sosial yang tidak sihat,” katanya.
Sebanyak lapan pasukan telah mengambil bahagian dan program mempertaruhkan hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 bagi Johan, Naib Johan sebanyak RM800 dan tempat ketiga pula RM500.
-RI





