
Laporan/foto: Sarah Nur Saad/Mohammad Ezwandi (Perak)
IPOH, 16 Jul (MalaysiaAktif) – Debaran kian terasa oleh para finalis bagi Pertandingan Pengisahan Kenegaraan @ Kelab Malaysiaku Peringkat Negeri Perak 2025 yang bakal belangsung di Auditorium RTM Ipoh, hari ini.

Barisan peserta daripada SMK Sungai Kruit yang mewakili daerah Batang Padang.
Program julung-julung kali dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) ini memberikan pendedahan kepada ahli Kelab Malaysiaku, yang merupakan seliaan jabatan tersebut.
Sebanyak enam sekolah dari lima daerah bakal merebut takhta Johan dan sekali gus mewakili negeri Perak ke peringkat Kebangsaan nanti.
Enam finalis tersebut adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Kruit (Batang Padang), SMK Idris Shah, Gopeng (Kampar), SMK Tasek Damai (Kinta), SMK Raja Shariman (Manjung), SMK Lambor Kiri dan SMK Dato Abdul Rahman (Perak Tengah).
Menurut Aidil Bukhary Abbe Havied, 15, dari SMK Idris Shah, seluruh ahli kumpulan berasa sangat gembira apabila dimaklumkan berjaya menjadi finalis bagi tahun ini.
“Reaksi setiap pelakon, guru penyelaras dan teknikal sangat gembira! Kami memang yakin akan menjadi finalis pertandingan ini,” katanya semalam.

Urus setia sedang membuat persiapan.
Turut melahirkan rasa syukur menjadi finalis Aireil Danish Sharul Nizam, 16, dari SMK Sungai Kruit Putera kerana bangga membawa nama sekolah dan daerah.
Nur Qistina Iman Mohammad Azuhar, 16, dari SMK Tasek Damai, berkongsi pengalaman persiapan bagi menghadapi pertandingan akhir kali ini.
“Walaupun tempoh persiapan yang diberikan sangat singkat, namun kami tetap berjaya menjadi finalis.
“Kami akan bawakan wow factor, jadi nantikan persembahan kami esok (Rabu),” ujarnya ketika ditemuramah ketika sesi raptai petang tadi.
-RI





