Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Sukan Paralimpiad-Endi Bak Lebur Dua Rekod Powerlifting

By 8 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh : Mohd Baharruddin Mohamad

KUCHING, 8 Ogos (Malaysiaktif) – Badang Sarawak, Endi bin Bak berjaya memecahkan rekod Paralimpiad dan rekod Kebangsaan bagi Sukan Powerlifting kategori 54kg dalam Sukan Paralimpiad Malaysia XVIII Sarawak 2016 semalam

Acara yang berlangsung di Dewan Jubli, UiTM Kota Samarahan semalam mempertandingkan dua kategori Powerlifting iaitu acara tidak melebihi 49kg lelaki dan tidak melebihi 59kg lelaki.

Sebanyak lapan negeri turut terlibat dalam kategori tidak melebihi 59kg,
manakala tiga negeri sahaja mengambil bahagian dalam kategori tidak melebihi 54kg.

Dalam kategori tidak melebihi 54kg, pingat perak dimenangi oleh Mohd Azmi Aziz@Asipun dari Kedah manakala gangsa milik wakil Terengganu, Arimi Azman.

Endi, 38 anak bongsu daripada lapan adik-beradik berbangsa Kedayan dan berasal dari Kampung Nyalau, Bintulu, Sarawak berasa gembira dan terharu apabila menjuarai acara tersebut dan berjaya memecahkan dua rekod.image

“Saya tak sangka bahawa saya dapat memecahkan dua rekod sekali gus dalam acara tersebut kerana ini merupakan kali pertama saya mendapat pingat. Pada Paralimpiad 2014 di Perlis, saya tidak dapat apa-apa pingat.

“Saya tidak berputus asa dan bertekad untuk berlatih bersungguh-sungguh dan berharap agar Paralimpiad kali ini saya akan memungut emas.

“Saya ingin meneruskan sukan Powerlifling ini sampai bila-bila sehingga perkhidmatan saya diperlukan dan bercita-cita untuk mewakili Sarawak ke peringkat yang lebih tinggi.

“Kecacatan sejak lahir tidak akan melunturkan semangat saya untuk mewakili negara ke mana-mana selepas ini,” ujarnya yang ditemui semalam.

image

Jurulatih, Solihin Abdullah berkata dia rasa bersyukur dan bangga kerana inilah kali pertama Endi mengharumkan nama Sarawak dalam Sukan Paralimpiad dan berharap semoga Endi terus cemerlang dan dapat mewakili Sarawak di peringkat seterusnya.

“Endi dilatih selama dua jam sehari dan semasa latihan Endi cukup tekun. Berkat kerajinannya, inilah hasil yang diperoleh,” tambahnya.

SF

Tinggalkan komen anda