
Laporan/foto: Anuar Che Amat
KANGAR, 19 Jul (MalaysiaAktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri Perlis telah menyerahkan 27 Notis Pengesahan Maklumat Berangin untuk pengesahan lanjut maklumat oleh peniaga.
Notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 itu dikeluarkan menerusi pemeriksaan ke atas 27 premis melibatkan 119 Stock Keeping Unit (SKU) menerusi Op Kesan 4.0 s
Pengarah Pejabat KPDN Perlis ,Rohaida Hassan berkata operasi berkenaan adalah susulan kepada pelaksaan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula 1 Julai lepas.

Seorang penguat kuasa KPDN Perlis memantau harga barang sempena Ops Kesan 4.0 di Perlis.
“Tindakan susulan penguatkuasaan akan dilaksanakan terhadap sebarang maklumat pergerakan harga dan caj perkhidmatan melibatkan empat elemen iaitu senarai barang dan bentuk perkhidmatan, senarai perniagaan dan syarikat berdaftar, tempoh pergerakan harga dan caj dan mergin pergerakan dan pencatutan,” katanya.
Beliau berkata KPDN Perlis menggerakkan 37 pegawai dan anggota penguatkuasa bagi memastikan setiap perniagaan mematuhi undang-undang yang ditetapkan manakala orang awam juga katanya boleh menyalurkan maklumat sekiranya berlaku aktiviti manipulasi harga kepada KPDN Perlis.
“KPDN Perlis akan mengambil tindakan tegas sekiranya kenaikan harga yang tidak munasabah dilakukan dan tindak sejajar dengan dengan perundangan pencatutan.
“Individu yang disabitkan kesalahan melakukan pencatutan boleh didenda sehingga RM100,000.00 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali dan bagi syarikat pula denda sehingga RM500.000.00,” tegasnya.
Op Kesan 4.0 dilaksanakan khusus mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang Tidak Munasabah) 2018 bagi memastikan peniaga dalam pelbagai rantaian perniagaan mematuhi undang-undang dan peraturan.
-RI





