
Laporan/foto: Lyana Athirah Mohd Saad/Noor Syuhada Mohd Yasin (Pokok Sena)
KOTA SETAR, 24 Jul (MalaysiaAktif) – Jiwa@Komuniti MADANI Masjid Taman PKNK berjaya memberi kefahaman usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan kepada jemaah masjid tersebut.

Jiwa@Komuniti MADANI Masjid Taman PKNK beri kefahaman usaha-usaha kerajaan,
Program anjuran Komuniti MADANI Jalan Tun Razak – Jalan Stadium, di sini semalam turut menyentuh dua topik penting berkaitan keselamatan digital dan pengumuman semasa oleh kerajaan.
Taklimat ‘Internet Selamat’ yang disampaikan Lyana Athirah Mohd Saad daripada Pejabat Penerangan Daerah Pokok Sena, memberi penekanan kepada isu keselamatan maklumat, penipuan dalam talian dan etika penggunaan media sosial.
Slot berkaitan pengumuman penting oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pula disampaikan oleh Ketua Komuniti MADANI Zamani Hanafi.

Zamani memberi penerangan mengenai pengumuman Perdana Menteri.
Menurut salah seorang jemaah masjid Aminudin Mansor, 62, ia membantunya mendapatkan maklumat terkini berkaitan kerajaan.
“Program macam ni bagus sebab info terus sampai ke rakyat. Kadang-kadang kami ni tak sempat nak ikut pengumuman di TV,” katanya.
Kehadiran peserta dalam kalangan jemaah sekali gus menjadikan masjid bukan sahaja pusat ibadah, malah lokasi penyebaran ilmu dan maklumat semasa.
-RI





