Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

ASOEN Ke-36 Perkukuh Komitmen ASEAN Terhadap Alam Sekitar

By 30 Julai 2025Julai 31st, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sobri Manan/Haizir (Langkawi)

LANGKAWI, 30 Jul (MalaysiaAktif) – Mesyuarat Ke-36 Pegawai Kanan ASEAN Berkaitan Alam Sekitar (ASOEN) di Park Royal Langkawi, di sini kelmarin menegaskan komitmen serantau terhadap isu alam sekitar, perubahan iklim dan biodiversiti.

Ketibaan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam YBhg. Datuk Dr. Ching Thoo Kim

Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Datuk Dr. Ching Thoo Kim dalam ucapan perasmiannya menekankan pentingnya kerjasama serantau berhubung perkara itu.

Pendaftaran wakil delegasi secara e-Registration

“Cabaran alam sekitar hanya dapat ditangani melalui pendekatan sains, teknologi hijau dan tadbir urus mampan,” katanya.

Mesyuarat selama empat hari itu menghimpunkan delegasi dari 10 negara ASEAN serta rakan strategik seperti Kesatuan Eropah (EU), Jepun, Korea dan Amerika Syarikat.

Menariknya, penganjuran kali ini menggunakan 100 peratus bahan kitar semula antaranya cetakan, papan tanda dan cenderahati, manakala pergerakan delegasi pula menggunakan kenderaan elektrik Proton e.MAS7.

Pada masa sama, Malaysia turut mencalonkan tiga kawasan sebagai ‘ASEAN Heritage Park’ iaitu Rizab Hidupan Liar Tengku Hassanal di Pahang, Taman Negara Bako dan Bukit Lambir di Sarawak.

“Pencalonan ini simbol komitmen Malaysia dalam memelihara warisan alam,” kata wakil NRES.

Difahamkan, hasil mesyuarat tersebut akan dibawa ke Sidang Kemuncak ASEAN di Brazil pada November ini.

-AA-

Tinggalkan komen anda