Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Rakyat Diseru Kibarkan Jalur Gemilang Sempena Bulan Kebangsaan

By 5 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Memi Yusoff/Hazel (Selangor)

DAMANSARA, 5 Ogos (Malaysiaaktif) – Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Strategik) Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Rubaayah Osman, mengajak seluruh rakyat Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman, pejabat dan premis perniagaan masing-masing.

Ii sebagai sokongan terhadap Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang yang bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.

Rubaayah (tengah) ketika melawat di reruai Jualan Produk Komuniti di program Karnival Kita MADANI peringkat Negeri Selangor.

Menurutnya, inisiatif anjuran JAPEN itu bertujuan menggalakkan rakyat menyemarakkan semangat patriotisme dan cinta akan tanah air sempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.

“Sambutan Hari Kebangsaan 2025 akan diadakan di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos, manakala sambutan Hari Malaysia pula dijadual berlangsung di Pulau Pinang pada 16 September.

“Tema sambutan tahun ini, Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni, mencerminkan komitmen kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara yang berlandaskan nilai-nilai kemanusiaan, keadilan dan perpaduan,” katanya semasa berucap pada program Karnival Kita MADANI Peringkat Negeri Selangor di Dataran Kayu Ara, di sini kelmarin.

Rubayah berkata konsep Malaysia MADANI turut menekankan pembangunan holistik yang seimbang antara kemajuan material dan rohani.

Karnival tersebut dirasmikan Menteri Digital merangkap Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo.

-RI

Tinggalkan komen anda