Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Orang Ramai Dipelawa Meriahkan Sambutan Hari Melon Kuala Langat

By 7 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Amat Satem Timun (Kuala Langat)

BANTING, 7 Ogos (MalaysiaAktif) – Orang ramai dipelawa memeriahkan Sambutan Hari Melon Kuala Langat ‘Melon To Millions’ anjuran Pejabat Pertanian Daerah Kuala Langat selama dua hari bermula 9 hingga 10 Ogos ini di Pusat Pertanian Kampung Endah, Kuala Langat.

Menurut Pegawai Pertanian Daerah Kuala Langat Fakrulrazi Mohamad, sambutan yang pertama kali dianjurkan pejabatnya itu susulan pelancaran rasmi Melon Selangor (MeloSel) oleh Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin pada Jun 2022.

Jlajah mesra Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Negeri Selangor yang dijadualkan pada 9 Ogos 2025 pukul 9.30 pagi.

“Antara lain objektif Sambutan Hari Melon Kuala Langat ialah sebagai menandakan komitmen negeri dalam penjenamaan produk agro tempatan sebagai medium mempromosi dan memperkenalkan variety MeloSel kepada orang awam dan memberi pengalaman pembelajaran kepada pengunjung untuk mengenali teknik penanaman melon.

“Para pengunjung akan merasai sendiri pengalaman memetik hasil tanaman serta merasai suasana di ladang di samping menggalakkan agropelancongan,” ujarnya ketika dihubungi MalaysiaAktif semalam.

Tambahnya, Pusat Pertanian Kampung Endah, Kuala Langat merupakan lokasi terbesar penanaman MeloSel Negeri Selangor dengan kapasiti 10,000 polibeg.

“Jom petik melon di hari Sambutan Melon Kuala Langat 2025”, katanya.

Pelbagai acara menarik katanya disusun buat para pengunjung antaranya, pick and pay Melosel, taklimat tanaman melon, jualan produk berasaskan melon, kuiz melon dan jualan produk Industri Asas Tani daerah.

-RI

Tinggalkan komen anda