Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Fiesta Rakan Muda Johor 2025 Serlah Bakat Belia

By 13 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor)

JOHOR BAHRU, 13 Ogos (MalaysiaAktif) –

JOHOR BAHRU, 13 Ogos – Pertandingan sempena Program Rakan Ekspresi: Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Johor 2025 diyakini mampu melahirkan belia berdaya saing, sekali gus membantu komuniti menangani isu kesihatan mental, mengurangkan masalah sosial dan meningkatkan sosioekonomi melalui aktiviti masa lapang yang bermanfaat.

Program Rakan Ekspresi: Fiesta Rakan Muda anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) ini mampu menggilap potensi belia Johor melalui Pertandingan Kawad Kaki dari peringkat daerah hingga kebangsaan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Hairi Mad Shah, berkata program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) itu juga menjadi antara acara ikonik tahun ini kerana pendekatan pelaksanaannya yang dinamik serta selari dengan Dasar Belia Malaysia.

Fiesta yang berlangsung di Padang Akasia A, Angsana Johor Bahru Mall di sini itu membuka tirai dengan Pertandingan Kawad Kaki Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah, melibatkan kategori seperti Piala Datuk Bandar Johor Bahru, Kategori Sekolah Menengah Kadet Remaja Sekolah (KRS), Kategori Sekolah Rendah Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) serta Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah (PBBSR).

“Penyertaan kali ini melibatkan 11 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh Johor, menjadikannya platform besar untuk mengasah disiplin, kerjasama, dan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar,” katanya ketika merasmikan program itu semalam.

Selain pertandingan kawad kaki, Fiesta Rakan Muda Johor 2025 turut menganjurkan Pertandingan Doodle Art dan Pertandingan Inovasi Kitar Semula.

Mohd Hairi yakin program Rakan Ekspresi: Fiesta Rakan Muda ini mampu melahirkan belia Johor yang cemerlang, positif dan dinamik, sekali gus membuktikan kemampuan mereka di mata masyarakat.

“Saya mengajak semua peserta untuk mengambil peluang ini bagi membuktikan bahawa anda adalah belia Johor yang hebat dan berpotensi besar,” tambahnya.

Turut hadir, Pegawai Daerah Johor Bahru Mohd Masni Wakiman, Pentadbir Tanah Daerah Johor Bahru Syed Norul Shahril Syed Nasir, dan Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Johor Saiful Hisham Mansor.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan program ini, khususnya Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Majlis Bandaraya Johor Bahru selaku penyumbang utama, serta Angsana Mall Johor Bahru sebagai penaja lokasi.

-RI

Tinggalkan komen anda