
Laporan/foto: Lyana Athirah Mohd Saad/Noor Syuhada Mohd Yasin (Pokok Sena)
ALOR SETAR, 17 Ogos (MalaysiaAktif) – Program Jiwa@Komuniti MADANI Sembang Santai anjuran Komuniti MADANI Jalan Tun Razak – Jalan Stadium dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (PEKIDA) Alor Malai dan komuniti setempat berlangsung pagi semalam di Surau Ibrahimiah, Kampung Burhan.

Ketua Komuniti MADANI Jalan Tun Razak – Jalan Stadium Zamani Hanafi, berkongsi penerangan mengenai sumbangan Kerajaan MADANI.
Program yang diadakan selepas aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan ini bertujuan mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat serta memberi pendedahan berkaitan keselamatan Internet dan isu semasa.
Setiausaha PEKIDA Daerah Kota Setar Zul Ahmad Tarmizi, berkata perkongsian tersebut sangat penting memandangkan masyarakat kini berhadapan pelbagai cabaran berkaitan penggunaan media sosial.
“Edaran bahan penerbitan mengenai pemasangan Jalur Gemilang juga memberi kesedaran kepada komuniti, lebih-lebih lagi menjelang sambutan Hari Kebangsaan tidak lama lagi,” katanya.

Peserta bergambar kenangan selepas tamat program.
Sementara itu, Ketua Ranting PEKIDA Alor Malai Mohd Izwan Aswad Abdullah, menyatakan penghargaan atas penganjuran program ini dan berharap agar kerjasama antara komuniti MADANI serta Jabatan Penerangan dapat diteruskan pada masa akan datang.
Wakil Pejabat Penerangan Daerah Pokok Sena Lyana Athirah Mohd Saad berkongsi lapan tip Internet selamat bagi membantu peserta mengelakkan risiko penipuan dalam talian dan menjaga keselamatan maklumat peribadi.
-RI





